Followers

Sunday, September 13, 2009

Hakikat Itu Realiti

Berbicara tentang pen.
Asal dari Arab kita panggil Kalam.
Zaman mak ayah kita dahulu pen itu masih dipanggil kalam.
Kalam gunanya untuk menulis.

Setelah masa berlalu, pen dari perkataan Inggeris itu lebih popular.
Maka anak-anak kita hanya mengenal pen sebagai pen berdakwat itu.
Bila kita sebut "kalam", nescaya mereka tidak tahu.

Sama juga jika kita panggil bangku itu kepada kerusi.
Atau jamban kepada tandas.
Anak-anak kita kurang arif.
Salah kita juga kerana mengabaikan ilmu mengenal benda.

Ilmu mengenal benda, itulah hakikat sesuatu benda.
Rumah, pondok, kampung, taman, flet, asrama, banglo.
Hakikatnya ia merujuk kepada yang satu, iaitu tempat tinggal.

Kampung pada zaman kita dahulu merupakan rumah yang diperbuat daripada kayu.
Tempat asal ibu atau ayah kita membesar di masa kecil.
Tempat tinggal datuk dan nenek kita.
Tapi kampung pada zaman anak-anak kita, mungkin sebuah rumah banglo di tengah ibu kota.
Kampung tidak lagi merujuk kepada rumah yang diperbuat daripada kayu atau papan.
Malah anak-anak kita mungkin tidak akan mengenali rumah kayu dan papan itu sebagai kampung.

Kembali kepada hakikat pen.
Kita mengenal pen kepada pelbagai bentuk, rupa, gaya dan warna.
Perbezaan setiap sesuatu itu memberikan nilai tambah kepada pen itu.
Kegunaannya cuma satu iaitu untuk menulis.
Pen sepatutnya digunakan untuk menulis di tempat yang betul.
Tetapi bila disalahgunakan dengan menulis di tempat yang tidak sepatutnya, jadilah ia perbuatan vandalisme.

Pen ada warnanya biru dan hitam.
Selalu kita gunakan untuk menulis.
Zaman kita sekolah dahulu, pen merah digunakan cikgu-cikgu kita untuk menanda buku yang ditulis menggunakan pen bewarna biru dan hitam tadi.
Tapi apa yang kita kurang tahu, pen hijau sebenanrnya digunakan pula untuk memeriksa tanda-tanda yang dibuat oleh pen merah tadi.
Pengguna pen hijau tentulah telah mahir menggunakan pen merah.
Maka layaklah mereka menggunakan pen hijau itu.
Setiap pengguna menggunakan apa yang telah diberi hak kepada mereka.
Tidak boleh lah pengguna pen biru-hitam menggunakan pen merah atau hijau.
Tetapi pengguna pen hijau boleh menggunakan pen bewarna biru, hitam dan merah.
Itulah aturannya.

Seperti juga hidup kita.
Ada aturannya yang telah ditetapkan, yang mesti kita patuhi bertepatan dengan hak-hak yang telah diberi kepada kita.
Siapakah pemberi hak itu?
Tentulah Tuhan Yang Maha Esa.

1 comment:

Hashim Zabidi said...

En.Ahmad, salam raya...

Terima kasih kerana mengikuti blog saya.

Kalam,kata lain pen adalah Bahasa Arab. Dalam bahasa lebih jauh lagi kalam ialah lidah. Lidah yang berkata-kata yang menyebut bunyi apa yang ditulis. Tulisan hasil pertolongan pen tadi tidak boleh membaca dengan sendirinya melainkan kalam - kalamullah...

Blog Widget by LinkWithin