Followers

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010/1431

Alhamdulillah, Aidiladha tiba lg. Lebih dikenal sebagai Hari Raya Haji, kerana meraikan perjuangan para jemaah haji ke Tanah Suci, sebagai jemputan Rabbul Ilahi.

Tahun ini raya haji di Malaysia jatuh pada hari Rabu 17hb Nobember 2010M, bersamaan 10 Zulhijjah 1431H. Raya Haji disambut selama 4 hari.
Takbir aidiladha bermula sebaik selepas magrib pada hari raya pertama, sehingga Asar hari raya ke-4.

Bagi yang berkesempatan, ibadah qurban juga dilaksanakan. Lembu, kerbau atau kambing di sembelih, mengingati peristiwa kecintaan Nabi Ibrahim a.s pada Allah S.W.T sehingga merelakan Ismail a.s anaknya disembelih.

Takdir dan kekuasaan Allah S.W.T itu maha adil, maka digantikan Ismail a.s dengan kibasy, sesuai dengan pengobanan dan persediaan hambaNya Ibrahim a.s.

Sayangnya kita pada anak-anak itu tidak boleh melebihi sayang kita pada Allah S.W.T. Agama itu perlu diutamakan melebihi segala-galanya.

Aidiladha itu lebih istimewa berbanding Aidilfitri, yang cuma disambut sehari, sebagai kejayaan kita ke atas nafsu makan dan lapar, yang telah diwajibkan.

Aidilfitri memerlukan kita bekorban, dan tentunya secara sukarela. Sesuatu yang dilakukan secara sukarela itu tentulah lebih utama dari sesuatu yang dilakukan secara paksaan.

Apapun bergembiralah, kerana umat Islam telah digembirakan dengan dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Sentiasalah bermuhasabah, berserah, dan bertakwa.

Salam Aidiladha. Maaf zahir batin.

Saturday, November 06, 2010

Banjir di Utara Semenanjung Malaysia

Aku menulis menggunakan Opera Mini 5.1 (untuk mobile ye tuan puan).

Sebelum ini mencuba aplikasi Opera Mobile 10 tetapi agak 'berat' (dalam ertikata lain, lembab) untuk hphone Nokia e72 milikku. Lambat mendownload, lambat nak install, tetapi lebih baik ada daripada tiada. Boleh juga nak lihat website yang sebelum ini tidak boleh di access menggunakan build in web browser asal.

Sekarang bertapa di Utan Aji, Perlis. Keadaan banjir di Kangar semakin pulih, Alhamdulillah.

Sebenarnya berusaha juga ke Perlis, setelah gagal dalam percubaan pertama melalui Jln Langgar dan Bandar Alor Setar. Terima kasih kepada penduduk Kampung Kuala Sungai dan Kubang Pasu yang menjadi pengawal lalu lintas memberi petunjuk kepada pemandu2 tegar dan degil. Sudah banjir tapi mahu juga pergi. Bukan salah mereka, urusan yang tidak boleh ditangguhkan, atau dalam erti kata lain, komitmen dan tanggungjawab.

Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 belum siap ditanda. Moga urusan dapat disiapkan dengan baik sebelum buka sekolah nanti.
Terima kasih kepada Tuhan kerana membenarkan aku menulis kembali dalam blog ini. Agak lama juga kutinggalkan.
Blog Widget by LinkWithin