Followers

Tuesday, October 13, 2009

Sebulan yang lalu

Pejam celik.
Buka mata, buka hati, buka minda, buka ilmu, buka nafsu, buka akal, buka jiwa...
Bak kata buka segala-galanya, lapangkan dada, jangan terlalu dangkal mengukur alam dgn ilmu yang cetek sependek jari kelingkingmu...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

============================================================

Aku kini suka mencedok mesej bergambar dari iLoveIslam.
Ada yang aku suka aku labuhkan ia di sini.
Tapi banyak juga yang aku tidak minat.
Bukan kerana tidak meminati maksudnya, cuma bagiku ia agak kurang beerti.
Selalu dikaitkan dengan CINTA, entah mengapa aku tidak mengerti.
Tapi hakikatnya itulah yang selalu dibicarakan dalam iLoveIslam.
Adakah Islam ini hanya berkaitan dengan CINTA?
Bagiku tiada CINTA yang abadi melainkan ia hadir dgn perkahwinan.
Ia, CINTA hanya hadir selepas berkahwin.
Sebelumnya?
Ia hanya masa untuk berfoya-foya (bagikulah... dan kawanku juga setuju).
Bukan kerana lelaki itu memang suka berfoya-foya, tapi mereka yang berakal seumurku hanya mencari gadis yang bersedia menjadi seorang isteri.
Banyak yang kutemui hanya bersedia menjadi seorng kekasih.
Tapi apalah ertinya menjadi seorang kekasih jika tidak sanggup menjadi seorang isteri.
Kenapa aku persoalkan ia di sini?
Tanyalah gadis di luar sana, adakah mereka setuju bahawa seorang isteri wajib mematuhi setiap kata dan arahan suaminya tanpa banyak soal?
Walaupon ianya sangat menyakitkan hati dan sangat tidak dapat difahami?
Aku rasa mungkin cuma 10% sahaja yang setuju, yang lainnya akan tolak mentah-mentah pendapat yang menyokong golongan suami ini.
Aku tidak peduli.
Seorang isteri tetap WAJIB mengikut kata suaminya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saturday, September 19, 2009

Salam Buat Umat Islam



Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics

============================================

Hari Raya tiba lagi.
Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Zakat jangan dilupa.
Maka berbondong-bondonglah umat mengucap salam.
Mendoakan kesejahteraan sesama insan.

Tahun ini, aku tidak mendapat kad ucapan raya.
Cuma kad kahwin yang kuterima daripada si empunya diri yang tidak kukenal.
Bersyukur aku.
Kerana teman-temanku dahulu banyak yang cuma mengirim SMS.
Mungkin mereka sangka semua insan tahu tempat duduk rumah mereka?
Biarlah, zaman Nabi S.A.W. pon tiada kad.
Maka tidak patut aku terlalu meminta dilayan bagai Raja.
Walau Raja wujud itu di dalam namaku.

Sekurang-kurangnya aku masih diingati.
Walau sekelumit cuma bagai insan yang alpa.


============================================


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



*********************************************************

Bila masa telah berlalu, dan aku mengenal dunia.
Tidak patut kita bersikap terlalu mementingkan diri.
Fahamilah sahabat kita.
Moga makhluk Tuhan lain sentiasa mendoakan kesejahteraan kita, Dunia dan Akhirat.
Bagi aku amat mudah.
Berbakti pada teman ibu dan ayah kita lebih utama dari mereka yang kita panggil kawan.

*********************************************************


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


--------------------------------------------------------------------

Masa yang berlalu merubah hati manusia.
Teman semalam berubah menjadi misteri pada hari ini.
Esok apatah lagi.
Terlalu asing.
Maka fahamlah kita bilamana semakin sukar mendapat khabar.

Teringat aku pada kenduri kahwin seorang teman.
Kecewa hati insan yang ingin dipanggil sebagai kawan baik.
Bilamana majlis berjalan tanpa ada jemputan rasmi.
Mulut mengeji tiada henti.
Hingga datang teman menyembah, menjemput menhadiri kenduri.
Rupanya ia diadakan kemudian.
Dan kawan baik masih tidak hadir.
Mereka cuma parasit.

--------------------------------------------------------------------


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila masa telah berlalu.
Dan ilmu amalan diberi Tuhan.
Mengenal dan memahami.
Antara yang benar, dan yang terbaik.
Kita ambil yang lebih baik, dan tiada mudharatnya.
Barangsiapa yang memilih mudharat yang kecil,
bagi membenarkan mudharat yang besar hadir,
sesungguhnya mereka masih belum benar-benar beriman.
Belum memahami erti keimanan.

Kenduri kahwin itu sangat indah.
Bagi yang berniat untuk menganjurkannya.
Bagi yang sentiasa didampingi teman, rakan dan taulan.
Tapi bila masa berlalu.
Aku sedar sesuatu.
Bukan pengantin yang utama dirai.
Lebih utama itu adalah ibu dan ayah.
Meraikan sahabat-sahabat mereka.
Dan kita sebagai anak.
Tumpang gembira untuknya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


-----------------------------------------------------------

Salam untuk ibu dan ayah.
Mereka lebih utama dalam hidup kita.
Selamanya....

Sunday, September 13, 2009

Hakikat Itu Realiti

Berbicara tentang pen.
Asal dari Arab kita panggil Kalam.
Zaman mak ayah kita dahulu pen itu masih dipanggil kalam.
Kalam gunanya untuk menulis.

Setelah masa berlalu, pen dari perkataan Inggeris itu lebih popular.
Maka anak-anak kita hanya mengenal pen sebagai pen berdakwat itu.
Bila kita sebut "kalam", nescaya mereka tidak tahu.

Sama juga jika kita panggil bangku itu kepada kerusi.
Atau jamban kepada tandas.
Anak-anak kita kurang arif.
Salah kita juga kerana mengabaikan ilmu mengenal benda.

Ilmu mengenal benda, itulah hakikat sesuatu benda.
Rumah, pondok, kampung, taman, flet, asrama, banglo.
Hakikatnya ia merujuk kepada yang satu, iaitu tempat tinggal.

Kampung pada zaman kita dahulu merupakan rumah yang diperbuat daripada kayu.
Tempat asal ibu atau ayah kita membesar di masa kecil.
Tempat tinggal datuk dan nenek kita.
Tapi kampung pada zaman anak-anak kita, mungkin sebuah rumah banglo di tengah ibu kota.
Kampung tidak lagi merujuk kepada rumah yang diperbuat daripada kayu atau papan.
Malah anak-anak kita mungkin tidak akan mengenali rumah kayu dan papan itu sebagai kampung.

Kembali kepada hakikat pen.
Kita mengenal pen kepada pelbagai bentuk, rupa, gaya dan warna.
Perbezaan setiap sesuatu itu memberikan nilai tambah kepada pen itu.
Kegunaannya cuma satu iaitu untuk menulis.
Pen sepatutnya digunakan untuk menulis di tempat yang betul.
Tetapi bila disalahgunakan dengan menulis di tempat yang tidak sepatutnya, jadilah ia perbuatan vandalisme.

Pen ada warnanya biru dan hitam.
Selalu kita gunakan untuk menulis.
Zaman kita sekolah dahulu, pen merah digunakan cikgu-cikgu kita untuk menanda buku yang ditulis menggunakan pen bewarna biru dan hitam tadi.
Tapi apa yang kita kurang tahu, pen hijau sebenanrnya digunakan pula untuk memeriksa tanda-tanda yang dibuat oleh pen merah tadi.
Pengguna pen hijau tentulah telah mahir menggunakan pen merah.
Maka layaklah mereka menggunakan pen hijau itu.
Setiap pengguna menggunakan apa yang telah diberi hak kepada mereka.
Tidak boleh lah pengguna pen biru-hitam menggunakan pen merah atau hijau.
Tetapi pengguna pen hijau boleh menggunakan pen bewarna biru, hitam dan merah.
Itulah aturannya.

Seperti juga hidup kita.
Ada aturannya yang telah ditetapkan, yang mesti kita patuhi bertepatan dengan hak-hak yang telah diberi kepada kita.
Siapakah pemberi hak itu?
Tentulah Tuhan Yang Maha Esa.

Saturday, August 29, 2009

Mengajar Itu Bukan Mendidik

Aku terbaca tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Tokoh Wartawan Negara 2001 dalam Mingguan Malaysia, Ahad, 23 Ogos 2009 - bertajuk Pamuk dan Islam di Turki. Antara lain beliau menulis,
"Saya tak mahu membicarakan iman diri saya dengan seorang yang tidak percayakan Tuhan."

Terfikir juga aku adakah ia menjadi lebih beerti bila kita baca ia sebagai,
"Saya tak mahu membicarakan iman diri saya dengan seorang yang tidak percayakan Allah."

******************************************

Aku mengajar anak muridku erti bodoh dan kebodohan.

Bodoh bukan beerti kita tidak pandai.
Bodoh bukan beerti kita gagal periksa.
Bodoh bukan beerti kita tak tahu apa-apa.

Ia adalah bodoh bila kita di ajar, tapi kita langsung tidak memberi perhatian.
Ia adalah bodoh bila kita berlagak seolah-olah kita sudah pandai, dan cuba menunjukkan kepandaian kita yang dangkal.
Ia adalah bodoh bila kita bersikap degil.
Ia adalah bodoh bila kita sebenarnya langsung tidak berusaha, atau mencuba.

Bila sikap bodoh membentuk komuniti yang ramai, maka ia menjadi kebodohan yang amat.

*****************************************
Anak muridku yang Melayu dan beragama Islam membentuk komuniti tersendiri.

Kebodohan mereka terserlah apabila mereka bersatu.

Memang banyak yang amat nakal, namun yang baik, jujur dan berbudi pekerti juga ramai.

Bagiku lebih baik mendidik anak-anak yang berbudi bahasa dan penuh semangat keremajaan ini dengan nilai murni agar mereka kemudian dapat mempengaruhi rakan sebaya yang malap masa depan mereka.

Bukankah itu adalah pengaruh rakan sebaya yang murni sifatnya?

Sayangnya bukan aku yang mengajar mereka matapelajaran agama.

Saban hari aku belasah mereka saat solat berjamaah di surau. Letih sebenarnya.

Saturday, August 08, 2009

Jangan Malu Pada Pengalaman

Sebahagian pengalaman hidupku telahpun kutulis di dalam Sepertiga Hidup.

Walaupun sebentar, ianya sangat beharga.

Akuilah peluang yang telah hadir di dalam hidup kita.

Semua perkara ada sebab dan hikmah di sebaliknya.

Belajar sesuatu itu lebih utama, daripada jika kita langsung tidak belajar apa-apa.

Menyedari yang terbaik itu, merubah perepsi hidup kita.

Semuanya demi masa depan yang lebih baik.

Renung kembali.

Suatu saat dahulu kita sedar, kita tak mampu melakukan sesuatu yang sedang kita lakukan sekarang.

Suatu saat dahulu, aku langsung tidak mengetahui apa yang mahu kutulis.

Walaupun blog Sehening Kalbu yang aku urus itu sangat popular kini.

Kadang-kadang ia menduduki tempat pertama di dalam enjin carian Yahoo! dan Google.

Bagaimana aku lakukan?

Sentiasa ada saat pertama bagi segala-galanya.

Saat pertama aku mula ber'blogging, rakanku langsung tidak menyokongku.

"Ada ke orang yang nak tengok blog kita?"

Siapa sangka blog Sehening Kalbu akan menerima kira-kira 100 referrer sehari?

Aku tidak tahu saat aku mulakannya.

Dan kini, kita semua tidak perlu malu.

Lakukannya sahaja.

Hak anda, milik anda.

Jangan biarkan diri anda diperkotak-katikkan oleh mereka yang cemburukan kamu.

Singgah ke portalku sebentar...

Friday, August 07, 2009

Entri Sepi

Agak sukar rupanya mengurus dua blog dalam pelayan blogger yang sama.

Lebih mudah menggunakan Wordpress.

Tapi apakan daya, blogger tidak membenar aku men'delete' terus site yang telah dibuka.

Paling kurang hanya dilihat sebagai "hide" sahaja.

Mungkin di luar sana tidak mengetahui kewujudan bloig tersebut.

Tapi aku tahu.

Fikir punya cuba, lebih baik tunjukkan sahaja kedua-duanya jika menghapus itu bukan bererti tidak wujud lagi.

Seperti angin, ia ada, cuma kita tak tahu bagaimana kewujudannya.

Daripada merosak akal memikirkan yang mustahil, biar sahaja angin itu menghembus.

Sekurang-kurangnya terasa nyaman di saat itu.

Bukankah begitu?

Anda mungkin setuju denganku...

Tuesday, August 04, 2009

Lintah Pun Mahu Belajar.

Dahulu aku pernah buat post berkenaan lintah. Lama-lama dahulu di Sehening Kalbu. Sangat popular post itu.

Tapi kini Sehening Kalbu tinggal kenangan. Gara-gara kesilapanku dengan peraturan ketat Wordpress. Biarlah.

Walaupon aku bernasib baik kerana pernah membuat backup bg Sehening Kalbu, tentulah sahaja yang baharu tidak sama seperti yang lama.

Ambil masa untuk aku kembali kepada Wordpress.

Saat ini bergembira sahaja dengan blogspot.

Walaupon sesal tapi masih tidak rugi apa-apa.

Kerana kita belajar dari sesuatu itu lebih utama daripada tidak sedar pada apa-apa.

Seperti mereka yang buta berhimpun itu.





Muat Turun MP3 Percuma MP3, Muzik Video & Lirik Tanpa Had


http://www.mp3mug.com/?v=anakkawi&b=6f57f7b2

http://www.emailtunai.com/?v=anakkawi&b=67315b2d

Tuesday, July 28, 2009

Kita Mahu Terus Melangkah

Kita renung sejenak...

Melihat masa depan dari sudut yang positif,



Hidup melibatkan banyak perspektif,

Antara benar dan betul,

Tiada sempadan yang jelas di antara keduanya...

Bila kita mula melangkah,

Jangan berhenti, kerana kita tidak tahu apa yang menanti di atas,



Bersederhanalah dalam hidup,

Jangan berputus asa,

Kerana Tuhan sentiasa bersama golongan yang mengingati diri...

Sunday, July 26, 2009

Tiada Siapa Peduli

Hari itu berjalan seperti biasa, dengan anak-anak yang memang nakal tidak mendengar kata.

Tiba-tiba dua budak bergaduh...

-Cikgu, dia ejek nama ayah saya.

-Cikgu, dia pukul saya.

Siapa yang mulakan dahulu? Aku masih tidak tahu.

Apa susah-susah, hentam sahaja kedua-duanya.

Cukup dua orang saksi.

Zap! Zap! ZAp! (Menangis...)

Zap! Zap! Zap! (Juga menangis...)

Siapa peduli? Berani buat salah, tanggung sahaja azabnya...

Tuesday, July 21, 2009

Bermula Sekali Lagi.

Dua tahun telah berlalu sejak aku berjinak-jinak dengan dunia blogging ini.

Biarpun penglibatanku sekadar suka-suka, rindu rasanya bila lama meninggalkan alam ini.

Setelah kesilapan bodoh aku lakukan pada Sehening Kalbu, walaupun telah berjaya aku pindahkan pada anakkawi2. Wordpress langsung tidak memberi peluang. Shit..

Rasa bengang itu tetap ada. Tapi itulah pengajaran yang terpaksa dilalui.

Apa susah-susah.

Belajarlah menggunakan Blogger ini.
Blog Widget by LinkWithin