Followers

Tuesday, March 29, 2011

NILAI

Nilai merupakan salah satu komponen penting dalam pendidikan di Malaysia.

Kurikulum sekolah memastikan para guru menentukan nilai yang akan dimuridi anak didiknya dalam Rancangan P&P Harian.

Namun empat sifat Melayu yang dizahirkan dan tidak disukai masyarakat Barat, menjadikan ciri-ciri KEMELAYUAN itu unik:
1. Sendawa (bolehkah ditambah kentut pada hari ini?).
2. Sukar mengatakan TIDAK (menjadikan individu Melayu itu mudah terbuli dan dibuli).
3. Suka mendengar 'apa yang dikata orang' (pendapat masyarakat yang belum tentu benar) mengenai diri sendiri.
4. Tiada sekatan dalam rumah (tiada 'privasi' dalam rumah sendiri) kepada tetamu, terutama semasa majlis.

Nilai lahir daripada ijmak atau persetujuan kolektif ahli masyarakat.

Ini bermakna pandangan masyarakat (terutama dalam kebudayaan Melayu) dijadikan hukum (walaupun secara tidak rasmi) sosial kemasyarakatan.

Keadaan ini menjadikan individu takut dan tersisih dalam kelompok masyarakatnya, walaupun pandangannya adalah benar.

Takut dan ketakutan ini jika tidak diatasi dari bangku sekolah akan menguasai pemikiran sebahagian besar jiwa masyarakat yang dinamakan moden pada hari ini.

Hasilnya pemikiran masyarakat akan kekal mundur walaupun kehidupan fizikalnya dikategorikan sebagai, MODEN.

*diolah kembali dari isi kuliah bersama Pn. Zawiyah, Ketua Jabatan, Hal Ehwal Kebudayaan Melayu, IPGKBM.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin