Followers

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010/1431

Alhamdulillah, Aidiladha tiba lg. Lebih dikenal sebagai Hari Raya Haji, kerana meraikan perjuangan para jemaah haji ke Tanah Suci, sebagai jemputan Rabbul Ilahi.

Tahun ini raya haji di Malaysia jatuh pada hari Rabu 17hb Nobember 2010M, bersamaan 10 Zulhijjah 1431H. Raya Haji disambut selama 4 hari.
Takbir aidiladha bermula sebaik selepas magrib pada hari raya pertama, sehingga Asar hari raya ke-4.

Bagi yang berkesempatan, ibadah qurban juga dilaksanakan. Lembu, kerbau atau kambing di sembelih, mengingati peristiwa kecintaan Nabi Ibrahim a.s pada Allah S.W.T sehingga merelakan Ismail a.s anaknya disembelih.

Takdir dan kekuasaan Allah S.W.T itu maha adil, maka digantikan Ismail a.s dengan kibasy, sesuai dengan pengobanan dan persediaan hambaNya Ibrahim a.s.

Sayangnya kita pada anak-anak itu tidak boleh melebihi sayang kita pada Allah S.W.T. Agama itu perlu diutamakan melebihi segala-galanya.

Aidiladha itu lebih istimewa berbanding Aidilfitri, yang cuma disambut sehari, sebagai kejayaan kita ke atas nafsu makan dan lapar, yang telah diwajibkan.

Aidilfitri memerlukan kita bekorban, dan tentunya secara sukarela. Sesuatu yang dilakukan secara sukarela itu tentulah lebih utama dari sesuatu yang dilakukan secara paksaan.

Apapun bergembiralah, kerana umat Islam telah digembirakan dengan dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Sentiasalah bermuhasabah, berserah, dan bertakwa.

Salam Aidiladha. Maaf zahir batin.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin