Followers

Saturday, September 19, 2009

Salam Buat Umat Islam



Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics

============================================

Hari Raya tiba lagi.
Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Zakat jangan dilupa.
Maka berbondong-bondonglah umat mengucap salam.
Mendoakan kesejahteraan sesama insan.

Tahun ini, aku tidak mendapat kad ucapan raya.
Cuma kad kahwin yang kuterima daripada si empunya diri yang tidak kukenal.
Bersyukur aku.
Kerana teman-temanku dahulu banyak yang cuma mengirim SMS.
Mungkin mereka sangka semua insan tahu tempat duduk rumah mereka?
Biarlah, zaman Nabi S.A.W. pon tiada kad.
Maka tidak patut aku terlalu meminta dilayan bagai Raja.
Walau Raja wujud itu di dalam namaku.

Sekurang-kurangnya aku masih diingati.
Walau sekelumit cuma bagai insan yang alpa.


============================================


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



*********************************************************

Bila masa telah berlalu, dan aku mengenal dunia.
Tidak patut kita bersikap terlalu mementingkan diri.
Fahamilah sahabat kita.
Moga makhluk Tuhan lain sentiasa mendoakan kesejahteraan kita, Dunia dan Akhirat.
Bagi aku amat mudah.
Berbakti pada teman ibu dan ayah kita lebih utama dari mereka yang kita panggil kawan.

*********************************************************


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


--------------------------------------------------------------------

Masa yang berlalu merubah hati manusia.
Teman semalam berubah menjadi misteri pada hari ini.
Esok apatah lagi.
Terlalu asing.
Maka fahamlah kita bilamana semakin sukar mendapat khabar.

Teringat aku pada kenduri kahwin seorang teman.
Kecewa hati insan yang ingin dipanggil sebagai kawan baik.
Bilamana majlis berjalan tanpa ada jemputan rasmi.
Mulut mengeji tiada henti.
Hingga datang teman menyembah, menjemput menhadiri kenduri.
Rupanya ia diadakan kemudian.
Dan kawan baik masih tidak hadir.
Mereka cuma parasit.

--------------------------------------------------------------------


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila masa telah berlalu.
Dan ilmu amalan diberi Tuhan.
Mengenal dan memahami.
Antara yang benar, dan yang terbaik.
Kita ambil yang lebih baik, dan tiada mudharatnya.
Barangsiapa yang memilih mudharat yang kecil,
bagi membenarkan mudharat yang besar hadir,
sesungguhnya mereka masih belum benar-benar beriman.
Belum memahami erti keimanan.

Kenduri kahwin itu sangat indah.
Bagi yang berniat untuk menganjurkannya.
Bagi yang sentiasa didampingi teman, rakan dan taulan.
Tapi bila masa berlalu.
Aku sedar sesuatu.
Bukan pengantin yang utama dirai.
Lebih utama itu adalah ibu dan ayah.
Meraikan sahabat-sahabat mereka.
Dan kita sebagai anak.
Tumpang gembira untuknya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


-----------------------------------------------------------

Salam untuk ibu dan ayah.
Mereka lebih utama dalam hidup kita.
Selamanya....

Sunday, September 13, 2009

Hakikat Itu Realiti

Berbicara tentang pen.
Asal dari Arab kita panggil Kalam.
Zaman mak ayah kita dahulu pen itu masih dipanggil kalam.
Kalam gunanya untuk menulis.

Setelah masa berlalu, pen dari perkataan Inggeris itu lebih popular.
Maka anak-anak kita hanya mengenal pen sebagai pen berdakwat itu.
Bila kita sebut "kalam", nescaya mereka tidak tahu.

Sama juga jika kita panggil bangku itu kepada kerusi.
Atau jamban kepada tandas.
Anak-anak kita kurang arif.
Salah kita juga kerana mengabaikan ilmu mengenal benda.

Ilmu mengenal benda, itulah hakikat sesuatu benda.
Rumah, pondok, kampung, taman, flet, asrama, banglo.
Hakikatnya ia merujuk kepada yang satu, iaitu tempat tinggal.

Kampung pada zaman kita dahulu merupakan rumah yang diperbuat daripada kayu.
Tempat asal ibu atau ayah kita membesar di masa kecil.
Tempat tinggal datuk dan nenek kita.
Tapi kampung pada zaman anak-anak kita, mungkin sebuah rumah banglo di tengah ibu kota.
Kampung tidak lagi merujuk kepada rumah yang diperbuat daripada kayu atau papan.
Malah anak-anak kita mungkin tidak akan mengenali rumah kayu dan papan itu sebagai kampung.

Kembali kepada hakikat pen.
Kita mengenal pen kepada pelbagai bentuk, rupa, gaya dan warna.
Perbezaan setiap sesuatu itu memberikan nilai tambah kepada pen itu.
Kegunaannya cuma satu iaitu untuk menulis.
Pen sepatutnya digunakan untuk menulis di tempat yang betul.
Tetapi bila disalahgunakan dengan menulis di tempat yang tidak sepatutnya, jadilah ia perbuatan vandalisme.

Pen ada warnanya biru dan hitam.
Selalu kita gunakan untuk menulis.
Zaman kita sekolah dahulu, pen merah digunakan cikgu-cikgu kita untuk menanda buku yang ditulis menggunakan pen bewarna biru dan hitam tadi.
Tapi apa yang kita kurang tahu, pen hijau sebenanrnya digunakan pula untuk memeriksa tanda-tanda yang dibuat oleh pen merah tadi.
Pengguna pen hijau tentulah telah mahir menggunakan pen merah.
Maka layaklah mereka menggunakan pen hijau itu.
Setiap pengguna menggunakan apa yang telah diberi hak kepada mereka.
Tidak boleh lah pengguna pen biru-hitam menggunakan pen merah atau hijau.
Tetapi pengguna pen hijau boleh menggunakan pen bewarna biru, hitam dan merah.
Itulah aturannya.

Seperti juga hidup kita.
Ada aturannya yang telah ditetapkan, yang mesti kita patuhi bertepatan dengan hak-hak yang telah diberi kepada kita.
Siapakah pemberi hak itu?
Tentulah Tuhan Yang Maha Esa.

Saturday, August 29, 2009

Mengajar Itu Bukan Mendidik

Aku terbaca tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Tokoh Wartawan Negara 2001 dalam Mingguan Malaysia, Ahad, 23 Ogos 2009 - bertajuk Pamuk dan Islam di Turki. Antara lain beliau menulis,
"Saya tak mahu membicarakan iman diri saya dengan seorang yang tidak percayakan Tuhan."

Terfikir juga aku adakah ia menjadi lebih beerti bila kita baca ia sebagai,
"Saya tak mahu membicarakan iman diri saya dengan seorang yang tidak percayakan Allah."

******************************************

Aku mengajar anak muridku erti bodoh dan kebodohan.

Bodoh bukan beerti kita tidak pandai.
Bodoh bukan beerti kita gagal periksa.
Bodoh bukan beerti kita tak tahu apa-apa.

Ia adalah bodoh bila kita di ajar, tapi kita langsung tidak memberi perhatian.
Ia adalah bodoh bila kita berlagak seolah-olah kita sudah pandai, dan cuba menunjukkan kepandaian kita yang dangkal.
Ia adalah bodoh bila kita bersikap degil.
Ia adalah bodoh bila kita sebenarnya langsung tidak berusaha, atau mencuba.

Bila sikap bodoh membentuk komuniti yang ramai, maka ia menjadi kebodohan yang amat.

*****************************************
Anak muridku yang Melayu dan beragama Islam membentuk komuniti tersendiri.

Kebodohan mereka terserlah apabila mereka bersatu.

Memang banyak yang amat nakal, namun yang baik, jujur dan berbudi pekerti juga ramai.

Bagiku lebih baik mendidik anak-anak yang berbudi bahasa dan penuh semangat keremajaan ini dengan nilai murni agar mereka kemudian dapat mempengaruhi rakan sebaya yang malap masa depan mereka.

Bukankah itu adalah pengaruh rakan sebaya yang murni sifatnya?

Sayangnya bukan aku yang mengajar mereka matapelajaran agama.

Saban hari aku belasah mereka saat solat berjamaah di surau. Letih sebenarnya.
Blog Widget by LinkWithin