Followers

Tuesday, May 03, 2011

Tafsir Al-Quran

http://abuaiman.files.wordpress.com/2008/08/al-quran.jpg


Laman sesawang semakin maju, maka kemudahan internet bertambah maju.

Dalam mengejar kemajuan maka sepatutnya mudah mendapatkan akses dalam beragama.

Maka disenaraikan beberapa laman sesawang yang memaparkan himpunan Al-Quran: Bacaan dan Tafsir, mudah-mudahan kita merajinkan diri untuk membeleknya.

1. Kempen Jom Mengaji

2. Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu

3. Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu

4. Tafsir Al-Quran: RADIOmelayu Indonesia

5. Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu: DEED IIUM

Jika ada laman yang lain bolehlah dikongsikan bersama ya.

Tuesday, March 29, 2011

NILAI

Nilai merupakan salah satu komponen penting dalam pendidikan di Malaysia.

Kurikulum sekolah memastikan para guru menentukan nilai yang akan dimuridi anak didiknya dalam Rancangan P&P Harian.

Namun empat sifat Melayu yang dizahirkan dan tidak disukai masyarakat Barat, menjadikan ciri-ciri KEMELAYUAN itu unik:
1. Sendawa (bolehkah ditambah kentut pada hari ini?).
2. Sukar mengatakan TIDAK (menjadikan individu Melayu itu mudah terbuli dan dibuli).
3. Suka mendengar 'apa yang dikata orang' (pendapat masyarakat yang belum tentu benar) mengenai diri sendiri.
4. Tiada sekatan dalam rumah (tiada 'privasi' dalam rumah sendiri) kepada tetamu, terutama semasa majlis.

Nilai lahir daripada ijmak atau persetujuan kolektif ahli masyarakat.

Ini bermakna pandangan masyarakat (terutama dalam kebudayaan Melayu) dijadikan hukum (walaupun secara tidak rasmi) sosial kemasyarakatan.

Keadaan ini menjadikan individu takut dan tersisih dalam kelompok masyarakatnya, walaupun pandangannya adalah benar.

Takut dan ketakutan ini jika tidak diatasi dari bangku sekolah akan menguasai pemikiran sebahagian besar jiwa masyarakat yang dinamakan moden pada hari ini.

Hasilnya pemikiran masyarakat akan kekal mundur walaupun kehidupan fizikalnya dikategorikan sebagai, MODEN.

*diolah kembali dari isi kuliah bersama Pn. Zawiyah, Ketua Jabatan, Hal Ehwal Kebudayaan Melayu, IPGKBM.

Thursday, January 27, 2011

Januari 2011

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi.

Tahun ini bermula dengan agak baik bagiku.

3/1/2011
Sempat juga berkenalan dengan pelajar baru di SMK Kota Kemuning.

Maaf atas perkenalan yang singkat, moga kalian terdidik oleh guru yang lebih baik buat kalian.

24/1/2011
Andainya ada yang bertanya, aku kini di sini.

Menambah ilmu di dada.

Bertambah pengalaman yang nyata.

Tiada lagi angan-angan. Lagipun kita memang tidak digalakkan berangan.

1 cita-cita itu lebih baik dari 1000 impian.
Dan 1 tindakan itu lebih baik dari 1000 cita-cita.

Semoga hari mendatang bertambah baik untuk kita semua.

Ameen.
Blog Widget by LinkWithin